Persampelan Tujuan

Persampelan tujuan atau purposive sampling judgment sampling merujuk kepada prosedur persampelan iaitu sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu sahaja dipilih sebagai responden kajian berdasarkan pengetahuan dan tujuan khusus penyelidikan pengkaji. Ini bermakna tidak semua kajian lain dalam populasinya  dipilih oleh pengkaji sebagai responden.

Sebagai contoh, jika pengkaji ingin mengenal pasti kesedaran pelajar-pelajar sekolah tentang akibat buruk merokok, dan hanya subjek-subjek kajian yang merokok sahaja yang dipilih sebagai responden. Maka, pengkaji telahh memilih subjek kajian berdasarkan tujuan atau kehendaknya. Dalam kes ini, responden-responden kajian  adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang merokok, yang tidak mewakili seluruh populasi pelajar di sekolah. Sampel begini bukan merupakan sampel rawak dan hasil kajiannya tidak dapat digeneralisasi kepada seluruh populasi pelajar di sekolah kerana sampel tersebut tidak mewakili semua pelajar dalam populasi berkenaan. Keputusan kajian hanya mewakili kumpulan subjek kajian yang dipilih sahaja.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s