Persampelan Kuota

Persampelan kuota (Quota Sampling) dikenali juga sebagai persampelan rawak berlapis yang bukan kebarangkalian. Dalam prosedur persampelan ini, pengkaji memilih subjek berdasarkan kategori-kategori yang dianggap wujud dalam populasi. Ia adalah berbeza dengan persampelan rawak berlapis kerana dalam persampelan rawak berlapis, subjek dipilih secara rawak dalam kumpulan-kumpulan berlapis. Persampelan kuota sebaliknya dilakukan ke atas  kumpulan subjek tertentu (persampelan bertujuan), oleh itu, responden kajian merupakan subjek-subjek berlapis yang dipilih secara kebetulan. Dengan erti kata lain, pemilihan sampel adalah berdasarkan kuota-kuota yang dikategori oleh pengkaji. Dalam prosedur ini, subjek dipilih secara kebetulan sehingga bilangan bagi satu kategori yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipenuhi, dan prosedur ini diteruskan untuk memilih subjek-subjek lain dalam kategori-kategori lain sehingga semua kategori dipenuhi.

Sebagai contoh, pengkaji ingin mengenal pasti pendapat pelajar kursus komputer tentang keberkesanan program komputer di sekolah. Pengkaji membahagikan pelajar-pelajar kepada dua kategori iaitu kategori pelajar yang sering menggunakan komputer sekolah (tiga atau lebih daripada tiga kali seminggu) dan kategori pelajar yang kurang menggunakan komputer di sekolah (kurang daripada tiga kali seminggu). Pengkaji memilih 30 orang pelajar untuk setiap kategori berdasarkan kepada kriteria “siapa yang ditemui dahulu dipilih, sehingga kedua-dua kategori dipenuhi”. Dalam kes ini, walaupun pengkaji memilih satu peratusan tertentu subjek dalam setiap kategori, pemilihan tidak dibuat secara rawak atau ralat persampelan tidak dapat dianggarkan. Oleh itu, keputusan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi kajian di bawah prosedur persampelan kajian ini.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s