Jenis Populasi

Populasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

  • populasi sasaran
  • populasi capaian

Populasi Sasaran

Populasi sasaran ialah populasi yang ingin diselidiki oleh pengkaji serta dijadikan asas untuk membuat generalisasi. Walau bagaimanapun populasi sasaran ini jarang dapat diperoleh. Oleh sebab itulah populasi sasaran dikatakan sebagai populasi pilihan ideal (Fraenkel dan Wallen, 2006).

Populasi Capaian

Populasi capaian dikatakan sebagai populasi pilihan realistik kerana kebanyakan pengkaji dapat menjadikannya sebagai asas untuk membuat generalisasi dapatan kajian.

Contoh untuk memahami konsep populasi sasaran, populasi capaian dan sampel adalah seperti berikut:

Masalah penyelidikan yang ingin diterokai: Kesan Pembelajaran Berbantukan Komputer terhadap Pencapaian Sains Murid Tahun Lima di Selangor.

  • Populasi sasaran: semua murid tahun lima di Selangor
  • Populasi capaian: semua murid tahun lima di daerah Hulu langat, Selangor
  • Sampel: 10 % murid tahun lima di daerah Hulu Langat, Selangor.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s