Konsep

Kemmis dan McTaggart (1988), menggariskan beberapa konsep penting dalam kajian tindakan iaitu:

  1. Kajian tindakan adalah suatu pendekatan bagi menambah baik atau membaiki pendidikan dengan cara melakukan perubahan dan mempelajarinya akibat daripada perubahan tersebut. 
  2. Kajian tindakan adalah bersifat penglibatan (participatory) iaitu berusaha ke arah memperbaiki amalan mereka sendiri. 
  3. Kajian tindakan dilakukan melalui kitaran refleksi kendiri (self-reflectivespiral) iaitu suatu kitaran gelungan yang terdiri daripada merancang, melaksana, menilai, mereflek dan seterusnya merancang sekali lagi, melaksana, menilai, mereflek. 
  4. Kajian tindakan dilakukan secara kolaboratif iaitu melibatkan mereka yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tindakan dan bagi memperbaiki suatu amalan pendidikan. 
  5. Kajian tindakan melibatkan aktiviti menyimpan rekod, mengumpul dan menganalisis pertimbangan (judgement), reaksi dan tanggapan terhadap apa yang berlaku sebagai bukti. 
  6. Kajian tindakan melibatkan penggunaan jurnal peribadi iaitu kita merekod perkembangan dan refleksi kita tentang proses pembelajaran. 
  7. Kajian tindakan melibatkan penyelidik dalam membuat analisis kritikal (critical analysis) terhadap situasi (bilik darjah, sekolah, sistem) mereka bekerja.Kajian tindakan dimulakan secara kecil (start small) dan kemudian ke arah perubahan yang lebih besar. 
  8. Kajian tindakan bermula dengan kitaran kecil (small cycles) yang terdiri daripada merancang, bertindak, menilai, mereflek supaya dapat membantu untuk mentafsir isu, idea, dan tanggapan dengan lebih jelas.

Sebelum penyelidikan layak dikenali sebagai kajian tindakan, Grundy dan Kemmis (1981) telah menyenaraikan tiga prasyarat yang perlu dipatuhi iaitu:

  1. Projek tersebut menjalankan kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu tindakan strategik yang boleh diperbaiki. 
  2. Projek berjalan mengikut satu kitaran pusingan iaitu setiap pusingan terdiri daripada turutan aktiviti merancang, bertindak, memerhati, dan mereflek, yang dilaksanakan secara sistematik dan berhubung kait. 
  3. Projek tersebut dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti tersebut dan beransur-ansur melibatkan subjek-subjek kajian tanpa kehilangan kawalan ke atas projek penyelidikan.

Henry dan Henry (1982) sebaliknya pula telah mengubah suai tiga prasyarat kajian tindakan yang dikemukakan oleh Grundy dan Kemmis (1981) untuk diaplikasikan ke dalam bidang pendidikan. Mereka berpendapat suatu projek penyelidikan layak dilabelkan sebagai kajian tindakan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Projek yang berbentuk kolaborasi sama ada antara guru dengan guru, guru dengan pelajar atau guru dengan ibu bapa. 
  2. Projek dijalankan harus merangka suatu perancangan yang boleh dilaksanakan, dipantau dan direkodkan dalam bentuk kitaran serta mempunyai dinamika dalaman untuk menjana kitaran-kitaran berikutnya. 
  3. Projek harus mempunyai keupayaan memberi sumbangan pada proses pengajaran dan pembelajaran secara jelas.

Henry dan Henry (1982) berpendapat bahawa projek penyelidikan yang mempunyai satu kitaran tidak boleh dianggap sebagai kajian tindakan, sebaliknya hanya sebagai satu projek penyelesaian masalah. Elliott (1991) mencadangkan satu-satu projek penyelidikan kajian tindakan sekurang-kurangnya mempunyai tiga kitaran atau satu tahun pengajian. Walau bagaimanapun, Boomer (1980 dalam Grundy & Kemmis 1981) dalam projek Negotiating the Curriculum menyatakan bahawa kebanyakan laporan kajian tindakan dalam projek tersebut hanya menampakkan satu kitaran sahaja.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s