Tujuan

Menurut Carr dan Kemmis (1986), terdapat dua tujuan utama pelaksanaan sesuatu kajian tindakan:

(a)  Menambah baik – merujuk  kepada penambahbaikan dalam tiga peringkat iaitu:

  • penambahbaikan terhadap amalan;
  • penambahbaikan kefahaman terhadap amalan oleh pengamal; dan
  • penambahbaikan terhadap situasi di mana amalan diamalkan.

(b)  Melibatkan – merujuk kepada penglibatan pengamal yang mengamalkan sesuatu bidang.

Dalam bidang pendidikan, sering kali akan terdapat sesuatu yang tidak kena dengan amalan pengajaran dan pembelajaran, dan ini menuntut pemulihan keadaan. Misalnya, katakan sebilangan pelajar tidak berminat terhadap sesuatu mata pelajaran apabila diajar oleh seorang guru yang baru mengambil alih tugas daripada guru lain. Situasi sebegini dapat diatasi melalui pelaksanaan suatu penyelidikan bagi mengembalikan minat kumpulan pelajar berkenaan terhadap mata pelajaran tersebut, yakni suatu penambahbaikan terhadap amalan. Penyelidikan juga boleh dijalankan bagi memahami punca minat sekumpulan pelajar menurun apabila berlaku pertukaran guru yang mengajar; untuk mengetahui sama ada perubahan yang berlaku adalah berikutan ciri guru atau ciri topik yang diajar oleh guru – suatu penambahbaikan terhadap kefahaman guru terhadap amalan. Malah penyelidikan tindakan juga dapat dilaksanakan bagi mengubah situasi di mana masalah kekurangan minat berlaku, contohnya dengan mewujudkan elemen baru. Misalnya, penggunaan pendekatan bercerita dalam pengajaran guru bagi meningkatkan kembali minat terhadap pengajaran.

Ini bermakna, kajian tindakan bukan sahaja membantu memahami amalan serta menambah baik amalan, malah membantu menyesuaikan amalan dengan perubahan yang berlaku di luar, serta mengubah apa yang berlaku di luar bagi menambah baik amalan. Sebagai contoh, kemunculan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menuntut guru menyesuaikan amalan pengajarannya dengan mengemas kini fakta-fakta yang disampaikan; fakta-fakta terkini dapat dicapai melalui internet. Guru juga boleh mencari jalan untuk mengesan dan menghalang amalan memplagiat dalam kalangan pelajarnya dengan menggunakan kemudahan internet; seperti mewajibkan pelajar menyertakan senarai rujukan alamat URL laman web yang dirujuk oleh pelajar. Suatu lagi matlamat kajian tindakan ialah memastikan penambahbaikan berlaku terhadap guru dari segi kefahaman terhadap perubahan yang berlaku serta amalan bertindak balas dengan perubahan itu.

Kesimpulannya, kajian tindakan adalah untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya iaitu menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan serta menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu.Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjahnya yang boleh menambah tingkat tahap keprofesionalisme yang dimilikinya.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s