Ciri-Ciri

Terdapat tiga ciri penting kajian tiindakan yang membezakannya daripada penyelidikan-penyelidikan lain. Ciri-ciri tersebut ialah (a) amalan reflektif yang perlu ada pada pengamal bidang, (b) penglibatan pengamal dalam penyelidikan yang dijalankan, dan (c) lingkaran penyelidikan yang dijalankan secara berterusan.

(a) Elemen Reflektif

Kajian tindakan membawa dua manfaat utama iaitu, kajian tindakan menggalakkan guru untuk mereflek amalan mereka dan seterusnya akan menggalakkan perubahan terhadap amalan tersebut. Oleh itu, kajian tindakan sebagai penyelidikkan untuk menambah baik amalan oleh individu pengamal yang memerlukan mereka sentiasa memikir kembali segala tindakan yang dilakukan dalam amalan harian mereka. Seorang guru yang profesional perlu sentiasa mengimbas kembali pengajarannya tentang apa yang berlaku semasa pengajarannya setelah selesai mengajar sesuatu perkara. Tanpa mengimbas kembali atau membuat refleksi terhadap aksi-aksi pengajaran yang telah berlaku, kajian tindakan tidak boleh berlaku.

(b) Elemen Penglibatan

Satu ciri untuk kajian tindakan ialah individu yang melaksanakan penyelidikan, iaitu guru, akan terlibat dengan penyelidikan tersebut. Secara amnya, masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan masalah yang bersifat setempat (natural setting) dan unik. Ini memerlukan penelitian khusus oleh guru yang terlibat. hal ini bermakna, hanya guru yang terlibat seharusnya bertanggungjawab ke atas penyelesaian kepada masalah berkenaan. Memandangkan hanya guru yang lebih memahami situasi yang dihadapi, maka ia jugalah yang paling layak untuk menilai dan mempertimbangkan tindakan yang seharusnya diambil. Di samping itu, masalah yang dihadapi melibatkan guru sebagai individu yang memiliki keupayaan, kepercayaan, pemikiran serta pengetahuan sedia ada yang hanya diketahui oleh guru tersebut. Oleh itu, bagi mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi, suatu penyelidikan wajar dijalankan olehh guru yang terlibat bagi membolehkannya mengambil sesuatu tindakan yang lebih tepat daripada penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik luar.

(c) Elemen Lingkaran

Kajian tindakan bukanlah suatu penyelidikan yang berhenti setelah penyelesaian ditemui. Walaupun setiap kajian akan mempunyai suatu penghujung, namun kajian tersebut merupakan penyelidikan yang berlangsung dalam lingkaran yang berterusan. Lingkaran pertama- merancang, bertindak, memerhati, mereflek – tidak akan berhenti, sebaliknya akan diteruskan dengan merancang tindakan seterusnya. Kajian tindakan jarang sekali memberi penyelesaian muktamad bagi sesuatu masalah yang dihadapi. Pada peringkat pemerhatian dan refleksi, maklumat baru akan diperoleh bagi masalah yang dihadapi, yang menuntut kajian tindakan. Ada kalanya beberapa masalah baru akan timbul yang memerlukan penyelidikan lain dijalankan di bawah penyelidikan sedia ada.

Madzniyah et al.(1995) telah merumuskan bahawa ciri-ciri kajian tindakan boleh dilihat dalam dua aspek iaitu:

1. Aspek pendekatan kajian

  • Merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui perubahan guru dalam pengajaran dan pembelajaran 
  • Melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran perkembangan iktisas guru yang sistematik melalui kritikan yang membina 
  • Melibatkan guru-guru membina teori-teori daripada amalan sebenar 
  • Keutamaan diberi untuk memahami dan memperbaiki amalan sendiri. 

2. Aspek alam persekitaran kajian

  • Dilakukan dalam situasi sebenar seperti di dalam bilik darjah atau sekolah 
  • Melibatkan guru dan rakan sejawat secara kolaboratif 
  • Memberi fokus pada suatu isu atau masalah di persekitaran sekolah 
  • Melibatkan tindakan inferensi bagi merapatkan amalan sebenar dengan jangkaan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s